First Day in Korea (Myeondong Shopping Street)


Hai Hello Holla Assalamualaikum.. Dah lamakan tak update blog.. Hahaha, actually aku mmg dah tinggalkan blog lama dahh sampai laa aku pi travel secara solo ke Korea then ramai request itinerary dan budget aku pi sana.. Aku punn errr okayy laa aku update kat blog balikk.. Sonang aihh semua nak skodeng tengok dan baca..

Well itu jee mukadimah aku naa.. Soo aku seorang perempuan dan dengan selambernyaa aku travel pi Korea sorang2 sahaja.. Ramai cakap beraninyaa, tak takut kee,ehh dia nie mak bagi kee ? Errrr, sebelum aku pi, aku dah selidik dulu Korea Selatan nie selamat ke tak nak perempuan nak travel sorang2.. dan jawapan dia CHEONGMAL REAL DAEBAK HEOL SELAMAT.. That's why aku pi 24/1/2018 sehingga 3/2/2018.. okay panjang sangat ceritanya, jomm kembali ke pangkal jalan dan cerita iti aku kat sana..



24/1/2018 - First Day

Aku memang sengaja amik flight pepagi sebab senang sampai2 boleh terus check in kat hostel.. So, aku amik flght pukul 7 pagi dan sampai kat Korea dalam pukul 2 lebih masa tu.. Sblm nak lepas kastam, aku ada borak dgn other Malaysian which are Zaza dgn Nick.. Dua2 perempuan dan kitorg banyak jalan sesama nnt.. sat lgi cerita naa.. Okayy sampai2 suhu -16c bak hangggg *sejukk gilooo* ..Orait then aku terus amik simcard dekat incheon airport pintu 6.. Sebelum tu aku dah buat payment sesiap sebab aku booking dekat Kkday so aku just print voucher dan tunjuk dekat dorang..


pastu aku terus topup T-Money dan korang boleh topup dekat mana2 7E, GS25, Train Station.. tapi lepas aku amik simcard, aku nampak ada kedai buku nie boleh topup t-money soo aku topup situ jee.. Pastikan korang nampak tulisan topup t-money baru topup naa.. Jangan korang pi mana2 kedai buku pastu topup pulak *alert*

Aku tinggal dekat Philstay Myeondong Boutique so dari Airport aku amik all stop train sebab lagi jimat untuk sampai Myeondoong.. Korang nak amik limosin bus or AREX pun boleh tapi Zaza dgn Nick ajak aku naik all stop train nie soo why not aku try.. So nak pi Myeondong kene turun Seoul Station then tukar turun Myeondong.. Perjalanan lebih kurang Sejam lebih dan aku smpai tuu dah gelap, dalam pukul 5 lebih.. Ohh masa winter, malam cepatnya.. nak pi hostel nie kau amik exit 4 (tangga) atau exit 2 (escalator) dan dua2 tak jauh.. Better amik eskelator laa sbb beg berat.. Bangunan dia belakang McDonaldjee.. AMARAN: Hostel nie utk PEREMPUAN sahaja..



Sampai2 jee rehat dalam 2 jam teruihh aku gerak Myeondong Shopping Street which is seberang jalan jee weyhh >_< Makk aihh sampai2 terus shopping, almaklum laa sis setahun ikat perut nak shopping anak ooiii ~~


Sebagai peminat kpop yang tegar, akak beli album kpop dulu naa.. Hahaha, album kpop boleh dapat kat Myeondong Underground Shopping dan kedai dia dekat Exit 2.. Lupa pulak nak amik gambar adehhh bahagia sgt berjalan tmpat org..

Kedai nie jual unofficial merchandise dan seyess murah.. Kedai CD tuu betul2 depan kedai nie tauu..


Beli kiriman orang yg Petite Bijou tu dan aku terjebak beli satu.. Yang lain tuu aku dapat free gift 💗


Nie aku beli kat The Face Shop pulakk.. Tapi seyess dia punya penjual semacam paksa akuu gilaa padahal aku nak beli makeup base jee.. Dia punya paksa tuu Ya Allah rasa nak lempang jee time tuu sbb aku dah cakap aku tak mau.. Sebab kesian, aku beli laa makeup base dgn compact powder tuu.. Mask tuu semua free gift 😆

Kat Myeondong nie hang jangan sesekali amik Mask yang konon2 dorang nak bagi kat depan pintu depan kedai dorg sbb dorg akan paksa korg masuk kedai dan beli something.. Ada satu lelaki nie lagi best, dia bagi kat aku dan aku dah geleng kepala sekali dia tarik tangan aku masuk kedai pastu letak mask tuu kat tangan aku.. Aku dah laa tak nak beli, kau ghaseee ???

Oraitt continue kee hari kedua pada next entry naaa ~~ 


Blog Hak Milik Syafirah Addawayyah