Second Day in Korea (KPOP Agency)


Assalamualaikum Hai Hello Anyeonghaseyo ~ wahhh rajin korang pi entry aku yg kedua nie kan.. Okayy tanpa segan silu terus proceed ke itinerary hari kedua aku which is KPOP Agencies *english terabur* Agensi yang aku pergi adalah TS Entertainment, Jellyfish Entertainment, Starship Entertainment, Fantagio Entertainment, Pledis Entertainment, JYP, FNC dan last sekali SM Entertainment..

Ramai orang cakap better naik subway sebab murah dan bla bla bla tapi seperti yg aku dah kaborkan mula2 trip aku kalinie SANTAI dan RELAX. Bukanlah aku tak naik langsung subway tapi aku banyak naik bas sebab subway mmg banyakkk gilooo turun naik tangga.. Hakak gemukk anakk oooiiii tak kuatt ~~

Okayy aku gerak mmg lambat dalam pkul 10 cenggitu sebab time nie laa aku nak tido balik pas subuh dan bangun lambat *muka heaven* Mesti ada yg cakap ruginyaaaa masa, maap naaa akak pi sini sebab nak rehatkan minda dan badan, bukannya misi mengejar itu ini *peace*

Kat sini aku 100% guna google maps dan KakaoMetro (subway) sahaja dan time aku pergi nie aku tak tau kenapa google map aku buat perangai sbb tmpat yg jalan kaki 5 minit pun dia suh naik bas jgk.. Nasib baikk laa aku bijak sikit soo aku tgk map tuu then jalan jee (bukan ikut jalan yg dia suruh,ikut yg terdekat sbb yg dia suruh tuu kene naik bas).. yg tak paham boleh komen naa nnt aku terangkan.. Google Map akan bagi no bus dan berapa stop akan ada sblm sampai ke destinasi kita dgn syarat kau kene tekan start laa.. Senang kann ? This is why aku suka Google Maps 😍😍

gambar nie je yg elok sbb aku tgh kesejukan masa nie
ADDRESS = 788-6 Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul

Aku naik bas dekat Myeondong Entrance/ Toegye-ro 20gil the n naik bas 471 turun Soonchunh Univ.Hospital tukar amik bas 420 turun Seoul Institute of Technology & Education apaa ntah.. jangan risau sebab dalam bas dia akan sebut satu-satu stopsoo DONT WORRY.. Nak pi TS Entertainment nie korang kene lintas dekat jambatan yg macam cite goblin tuu dan aku lupa nak amik gambor jgk..  Ikut jelaa naa Google Maps tuu sbb ada ahjushi nie cakap Google Maps can be use and really trusted in here.. Aku jumpa ahjushi nie masa nak pi Bukchon Hanok Village..

Lepas pi sini aku pi Jellyfish Entertainment pulakk soo kene pi bus stop tadi balik.. Amik bas 3011 turun Standard Chartered Bank pulakk.. Jalan kaki sikit jee then sampai.. Bangunan Jellyfish nie agak tersembunyi sebab dia belakang bangunan lain soo kene alert dgn maps naa.. 

RAVI Advertisement πŸ˜™
Next, kita pi Starship Entertainment di mana MONSTA X, SISTAR, JEONG SEWOON, BOYFRIEND dan lain-lain.. Opkoss laa aku excited gilaaa sbb nie agency monsta x kott.. Soo nak pi sini kena naik bas 147 dekat Kookmin Bank then turun Eunju Station Exit 2, Cha Medical Center Sageori.. Nak pi sini korang cari LOEN Entertainment sebab Starship, Fave dgn Cre.ker entertainment duk bawah LOEN sekali..

ADDRESS = LOEN ENTERTAINMENT 151 Bongeunsa-ro, Nonhyeon 1(il)-dong, Gangnam-gu, Seoul


Next destination adalah FANTAGIO ENTERTAINMENT πŸ’— Aku pi sini sebab Ong Seungwu trainer sini kann.. Aku tak kenal sangat Astro, Weki Meki atau Hello Venus *maap* Nak pi sini kene pi bus stop Eunju Station Exit 2, Cha Medical Center Sageori balik kemudian naik bas 147 tuurn Yerimdang Art Hall.. Kat bus stop nie haritu ada iklan birthday Moonbin..

ADDRESS = Yeoksam-ro 248 Fantagio Building, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Okay okay dari sini aku terus gerak jalan menuju kebahagiaan iaitu PLEDIS ENTERTAINMENT.. SEVENTEEN AND NUEST πŸ’˜πŸ’—πŸ’“Nak pi sini naik bas κ°•λ‚¨07 *jgn risau nnt kau nmpak bas kaler ijo ada hangul dan 07 tuu betul laa basnya* dekat Dongyoung Cultural Center.. Kemudian turun Ramada Seoul Hotel.. 


ADDRESS = Pledis Entertainment, 5 Bongeunsa-ro 67-gil, Samseong 2(i)-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Kemudian, aku pi *bisik* JYP Entertainment pulak.. Sebelum tu, aku singgah kedai GS25 sebab kebulur yaa ampunn anak oooiii ~~ I think lelaki nie dongsaeng but he kinda cute.. Sebabnya dia siap tolong panaskan triangle kimbap aku lagi, harharhar 😝😝


Dari sini nak pi JYP kene nazak sikit berjalan dalam 9 minit dan aku berjalan dalam kesejukkan yaa ampun ~~ kene pi bus stop Korea Land and Housin Corporation kemudian amik bas 3426 turun Hotel Prima.. Lintas dan jalan jee..


ADDRESS = JYP Entertainment, 41 Apgujeong-ro 79-gil, Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Maap naaa hakak malas nak mirrorkan gambar nie.. maapkan saya.. kat sini akak ronda2 jee sebab FNC dan SM pun dekat jaa.. tak jauh pun.. bukak google map then baca peta.. Hang jgn naik bas kee apaa kee naa, itu kurafat.. Jalan kaki jaa nak pi semua niee.. 


ADDRESS = SM Entertainment Cheongdam Office, 114 Seolleung-ro 190-gil, Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea


ADDRESS = FNC ENTERTAINMENT, 46 Dosan-daero 85-gil, Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Setelah selesai beberapa kpop agency akak terjah, maka akak kepenatan.. Oleh hal yang demikian akak pi JYP balik then lepak minum Hot Choco dekat Dunkin Donut bebetul depan JYP dengan harapan boleh leee nampak artis.. Yang aku nampak hanyalah JYP dan beberapa trainees aku rasa sbb dorg handsome semacam dan pakai mask masuk dlm bangunan JYP tuu..


Okayy laaa balik tuuu aku singgah Myeondong Shopping Street dan Underground Shopping lagi untuk beli barang-barang di bawah ini.. 

Lamb Kebab πŸ’—




Okayyy sakit tangan dahh, tunggu next entry naaa 😚
Blog Hak Milik Syafirah Addawayyah