Third Day in Korea ( Nami Island + Petite France)


I'M YOUR FANTASYY ~~ Hai hello Assalamualaikum, yaa bertemu kembali kita harinie dengan izin dan rahmat daripada Allah SWT.. Semoga saudara dan saudari sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.. *skema tak ayat aku* Okayy hari ketiga nie aku pi Nami Island dan Petite France dengan harapan nak fefeeeling Winter Sonata..

Aku semangat dah nie nak pi naik Zip Wire nak pi Nami Island, tak mau naik boat sekali malang tak berbau anak-anak sekalian *gelengkepala* KENAPA ? MENGAPA ? APAHAL DOHH ? Suhu aku pi sana memey tahap dewa mega sakti sebab suhu time tu -18c.. Negative dah satu hal, siap -18 tuu akuu tak tahan beb.. aku pakai glove punn mcm tak dak function hang tau tak ? pakai hot pad laa membantu sikit..

Nak pi Nami nie ada banyak cara pakai subway iaitu yang cepat atau yang senang.. Disebabkan aku sorang je, kompem laa nak cepat.. Dari Myeondong ke Dongdaemun History and Culture Park then turun Wangsimni tukar ke Sangbong pastu turun ke Gapyeong pulak.. Perjalanan amik masa 1 jam 38 minit sahaja.. Kalau nak cara senang, dari Myeondong turun Ichon kemudian turun Mangu then turun Gapyeong.. Yang nie perjalanan amik masa 2 jam 4 minit sahaja.. Tambang sama sahaj iaitu 2,250won..

Dari Gapyeong Station tuu kau jalan depan sikit ada bus stop yg dekat dgn tourist information, korg masuk tourist info tuu untuk amik jadual bas.. Nanti dekat bas tuu korg kene bayar 6,000won tapi kalau pakai kupon dari KTO, korg kene bayar 2,500won jee.. kupon dia ada 3 pasang dan hang jgn gatai pi koyak kee apaa.. aku punya hilang satu soo tak dapat byar ikut diskaun tuu.. Jangan hilang tiket dia bagi tuu sbb tiket tu kau guna nak naik bas tu balik pi Petite France.. Haaa, kat sini kebetulan aku jumpa Zaza dgn Nick soo kitorg lepak laa bersama..

Dah sampai Nami Island, korang ikut jee reramai crowd tuu utk pi dekat boat.. Dekat kaunter boat nnt bayar 10,000won.. Kat Nami tu, ada satu kedai Asian Drama rasanya yg jual nasi goncang.. Kedai dia depan lagi daripada Asian cuisine tuu.. Nun jauhh kedepan lagi naa.. Maka hayatilah gambar di bawah dengan bahagia 😀😝😍



 







Okayy lepas puas soking sakan sambil lawan kesejukkan, kitorg gerak pi Petite France pulak.. Korg pi balik bus stop tadi kemudian tgg jee bas dan tunjuk tiket masa dapat dekat bas tadi.. Sambung gambar kat Petite France pulokkkk *boleh skip kalau tak minat*








Soo dari Petite France kitorg dah keletihan jadi kitorg naik bas tadi balik pergi Cheongpyeong Station.. Aku rasa ramai yg tak tulis nie sbb majority aku baca semua balik ke Gapyeong Station semula.. Line dia sama jee dengan Gapyeong and sebenarnyaa kau akan jumpa Cheongpyeong nie dulu baru Gapyeong.. Soo dari sini kitorg buat pesta tukar2 stesen mcm tadi jgk sbb nak cepat smpai hostel.. Capekk dongg ~~

Orait, sampai sini jee till we meet again bebeh 😚😚





Blog Hak Milik Syafirah Addawayyah